Wahai Manusia! Sembahlah Allah Yang Maha Esa(Tunggal)


Katakanlah(wahai Muhammad):“(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (Surah Al-Ikhlas: 1-4)

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”. (Al-Maidah : 72)

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al-Maidah : 73)

Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu). (Al-maidah : 75)

www.rightpath2u.blogspot.com
www.theoriginalpath.com






Monday, January 9, 2012

Pengeluaran benih ikan dipertingkat


PENYELIDIKAN dan peningkatan pengeluaran benih ikan penting bagi menyokong perkembangan industri ternakan ikan dalam sangkar yang kini berkembang pesat sejak ia mula diperkenalkan di negara ini pada awal tahun 70-an.
Dianggarkan, negara memerlukan lebih 300 juta ekor benih ikan laut menjelang tahun 2010 bagi memenuhi sasaran pengeluaran hasil ternakan ikan laut sebanyak 100,000 tan metrik setahun. Menyedari hakikat ini Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Pinang (IPP) mempelopori aktiviti penyelidikan pengeluaran benih di negara ini di bawah pengendalian Jabatan Perikanan Malaysia (JPM).
Ketua Pengarah JPM, Datuk Mohd. Mazlan Jusoh berkata, aktiviti penyelidikan teknologi pengeluaran benih ikan laut di Malaysia telah dimulakan jabatan itu sejak tahun 1982 lagi.
Bagaimanapun, mulai 1985, aktiviti penyelidikan dan pengeluaran benih ikan laut berpindah ke Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut (PPPIL), Tanjung Demong, Besut, Terengganu yang mula beroperasi pada tahun 1984.
Jelas beliau, sejak 1990 hingga Ogos 1998, pelbagai penyelidikan teknologi pengeluaran benih ikan laut telah berjaya dijalankan yang antara lain melibatkan spesies ikan kerapu biasa atau orange-spotted grouper, jenahak (golden snapper), siakap merah (mangrove red snapper), kerapu harimau (brown-marbled grouper) dan ikan bawal emas (golden pomfret).
''Hasilnya, beberapa buah hatcheri komersial swasta telah mula diwujudkan,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyambut kedatangan Timbalan Duta Jepun ke Malaysia, Masafumi Kuroki dan rombongannya dalam Media Study Tour '99 ke PPPIL baru-baru ini.
Lawatan itu antara lain bagi meninjau perkembangan terkini pusat itu yang turut mendapat khidmat kepakaran teknikal dan kewangan dari kerajaan Jepun di bawah kelolaan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA). Di fahamkan, kerajaan Jepun menerusi JICA telah menyumbang sekitar 1.431 bilion yen (RM4.511 juta) pada 1990 dan 1991 bagi membantu pembangunan PPPIL.
Selain itu, Jepun turut menyumbang kira-kira RM8.5 juta antara tahun 1992 hingga 1997 dalam pembangunan penyelidikan perikanan di Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Sumber Ikan Laut (MFRDMD). Ini termasuk menempatkan beberapa orang pakarnya di dalam pelbagai bidang berkaitan.
Menurut Mohd. Mazlan, pada masa ini terdapat kira-kira 20 buah hatcheri swasta dan kerajaan di seluruh negara (termasuk 3 buah di Sarawak dan 2 buah di Sabah).
Bagaimanapun, jelas beliau kebanyakan daripada pusat itu hanya terlibat dalam pengeluaran benih siakap yang purata pengeluaran benih bersaiz 7.5 sentimeter (sm) dan ke atas (saiz yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam sangkar ternakan), kurang daripada 500,000 ekor bagi setiap hatcheri.
''Jumlah pengeluaran benih keseluruhannya kurang daripada 10 juta ekor setahun berbanding keperluan sebenar benih-benih ikan laut dalam negara pada ketika ini yang dianggarkan sekitar 40 juta ekor,'' katanya.
Selain itu, terdapat juga dua buah hatcheri swasta yang mampu mengeluarkan benih-benih bagi lain-lain spesies ikan laut selain siakap. Misalnya, hatcheri swasta di Kedah berjaya mengeluarkan siakap merah daripada telur-telur yang dikeluarkan sendiri.
Begitu juga dengan sebuah hatcheri swasta di Pulau Pinang yang berjaya mengeluarkan sendiri siakap merah, jenahak dan kerapu biasa untuk dieksport ke Taiwan.
Sementara sebuah hatcheri di Johor pula telah mula menunjukkan minat untuk mengeluarkan benih bagi lain-lain spesies ikan laut termasuk kerapu harimau setelah berjaya dengan aktiviti asuhannya.
''Secara umumnya, hampir semua hatcheri yang sedia ada memerlukan pelbagai input teknologi bagi meningkatkan purata pengeluaran tahunan, mempelbagaikan spesies pengeluarannya dan mempertingkatkan kualiti benih yang dihasilkan,'' katanya.
Menurut Mohd. Mazlan, input teknologi juga diperlukan untuk menggalakkan pertumbuhan hatcheri supaya sentiasa seimbang dengan perkembangan industri ternakan ikan laut dalam negara dan serantau yang kini turut dipelopori oleh Thailand.
Jelas beliau, pengeluaran benih ikan laut boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai kemudahan atau sistem ternakan iaitu:
* Semiinsentif iaitu menggunakan kolam-kolam tanah yang popular di Taiwan.
* Insentif iaitu menggunakan tangki-tangki dengan sistem terbuka yang popular di Jepun, dan
* Superinsentif iaitu menggunakan tangki-tangki dengan sistem tertutup yang popular di Eropah.
Setiap sistem mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing, tetapi sejauh mana kelebihan boleh mengatasi kelemahan, bergantung kepada sejauh mana kini mampu menguasai dan menggunakan teknik-teknik pengurusannya, katanya.
Mohd. Mazlan berkata, pengeluaran benih ikan laut di PPPIL adalah berdasarkan sistem insentif menggunakan tangki-tangki konkrit dan fibreglass yang diletakkan di luar dan di dalam bangunan.
''Bagaimanapun, teknologi itu boleh diubah suai kepada sistem semiinsentif menggunakan kolam-kolam tanah atau separa konkrit.
Secara terperinci, teknik-teknik pengeluaran benih ikan laut terbahagi kepada:
* Teknik pembangunan dan pengurusan induk.
* Teknik pengeluaran telur secara semulajadi atau taruhan.
* Teknik ternakan rega dan
* Teknik asuhan benih.
Kesemuanya (teknik-teknik di atas) meliputi aspek-aspek pemakanan, kesihatan dan pengendalian.
1. Teknik pembangunan dan pengurusan induk.
Kaedah ini melibatkan aspek menyedia, mengendali dan menguruskan induk-induk ikan laut daripada peringkat benih hingga matang dalam sangkar atau tangki.
Ia melibatkan teknik-teknik pemilihan induk berasaskan kriteria tumbesaran yang cepat dan ketahanan terhadap penyakit serta bebas dari kecacatan fizikal dan genetik. Pemilihan dibuat bagi memastikan benih-benih yang dihasilkan lebih berkualiti.
2. Teknik pengeluaran telur secara semula jadi dan aruhan.
Kaedah ini melibatkan pengurusan induk di dalam tangki bagi mengeluarkan telur secara semula jadi melalui manipulasi persekitaran. Kaedah pembiakan aruhan melalui suntikan hormon pembiakan tertentu (contoh HCG, Lh-Rha dan lain-lain), hanya akan dilakukan setelah terbukti pengeluaran telur secara semula jadi tidak boleh berlaku kerana faktor spesies atau persekitaran yang tidak optimum.
Ia juga meliputi teknik-teknik bagi mengubah jantina ikan (dari betina kepada jantan) khususnya bagi sesetengah spesies ikan kerapu yang secara semula jadi kekurangan individu jantan di dalam populasinya.
3. Teknik Ternakan Rega.
Kaedah ini melibatkan ternakan rega mulai dari umur 0-hari (selepas menetas) hingga tamat proses metamorfosis atau mencapai saiz 2.5-3.0 sentimeter (sm) iaitu kira-kira 40-50 hari bagi kebanyakan spesies.

Dipetik daripada:
www.usahawantani.com
Posted by Awang Sulong